"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya, dan sihatkanlah ia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Loading...

22 February 2011

Kahwin : HIV Test

Assalammualaikum. Hai. Ujian yang sangat saya takuti dulu, Ujian HIV. Takut disebabkan oleh cerita-cerita dongeng dari mereka yang sudah berujian. Ditambah pula dengan encik tunang yang membuat cerita kaw-kaw buat saya percaya. Percaya sangat sebab dia takut jarum macam saya juga. Percaya sebab dia boleh buat muka serius macam Rosyam Nor. Lagi percaya sebab saya sangatlah ketakutan dan fobia bila dengar perkataan jarum. Tambahan pula saya pergi menjejakkan kaki ke ke hospital atau klinik, sekali dalam setahun pun saya tak pasti. Kecuali menemani mak bawa adik bongsu jumpa pakar. Pandang sebelah mata pada paparan pelik-pelik yang mucul depan mata sementara menunggu. Jantung bergetar dengan hebat bila melihat sesuatu yang tidak ingin dilihat.

Saya nasihatkan kawan-kawan supaya mengawalkan Ujian HIV supaya tidak kelam kabut dikemudian hari. Kenapa? Ok, borang kebenaran kahwin kita kena sertakan sekali dengan keputusan ujian HIV. Pesanan ini untuk semua tetapi lebih ditekankan buat mereka yang nak kahwin dengan orang jauh (tak sama negeri) dan perantau (macam saya). Satu lagi, bakal pengantin perempuan kena pastikan bakal pengantin lelaki segera uruskan borang dia supaya mudah bagi kita. Bakal pengantin perempuan kena hantar borang sendiri sekali dengan borang bakal pengantin lelaki yang telah disahkan. Jadi, keputusan Ujian HIV ada dalam tangan, tak jadi masalah untuk teruskan mengisi borang. Kalau Ujian HIV tiba-tiba positif, tak perlu nak pergi isi borang dah. Er, minta dijauhkanlah perkara sebegitu dari kita semua. 

Kami dah buat Ujian HIV bulan Dec lepas. Encik tunang buat dulu, kemudian dia bawa saya pergi. Saya sangat takut bila dia cerita suntik pada lengan untuk ambil sejumlah darah. Allah sahaja tahu bagaimana rasanya jantung saya berdegup kencang. Tapi harus diingat, kamu semua kena banyak bersabar menunggu giliran. Biasalah. Hehe. Ketika Ujian dijalankan,
Tukang Ujian HIV : Kahwin bila?
Saya : Bulan 3.
Tukang Ujian HIV : OOO, lambat lagi.
Saya : Hehe.
Tukang Ujian HIV : Nasib baik, Ujian ni sah 6 bulan je. 
Saya : Ha? Kalau lebih?
Tukang Ujian HIV : Kena ambil semula. 
Saya : OOO.
Nampak sangat saya tak tahu. Nasib baik Tukang Ujian HIV beritahu. Selepas buat Ujian HIV dan keputusan dalam tangan, saya keluar dan terus sengih-sengih kat encik tunang. Encik tunang perli-perli tanya sakit tak. Hampagas betul. Ujian HIV ambil darah sama macam kita periksa darah masa demam untuk pastikan tak ada malaria. Buat penat jantung berdegup aktif. Tapi, agak cuak juga bila tunggu keputusan Ujian HIV. Teringat kisah-kisah pemindahan darah dan penggunaan jarum suntikan. Adeh! Syukur Alhamdulillah. Kami lulus untuk berkahwin. Lepas buat Ujian HIV, rasa bertambah lega. Siap sudah. Sekarang tinggal lagi nak isi borang kahwin. Oklah, orang takut jarum mahu tidur.

p/s : puan zue baru bali dari pre-honeymoon petang tadi. seronok sebab puan zue ingat saya walaupun baru balik berjimba bersama suami tercinta. terima kasih zue.

4 comments:

zuezul said...

hehehe..haruslah ingat..u kan my bff..dear,jgn emo2 ok..solat and doa byk2..

D Yatie said...

hek3. terharu i noks! huhu. insyaAllah dear. semoga begitulah hendaknya. penat otak fikir yang bukan2. huhu.

kelvin said...

usahlah takut. Kita boleh test dahulu dari website ini, www.hivtest.com.my

Unknown said...

usahlah takut. ada ujian HIV yang tidak perlu darah, hanya guna saliva. Accurate nya 99.8%, hasil dlm 20 min dan boleh DIY. Boleh dpt dari www.rapid-kits.com. safe dan senang. No Blood. No Pain, ketawa saja.